AkuKecahDotCom

  • Home
  • Tips-Tips
  • Isu Semasa
    • Masyarakat
    • Politik
    • Sukan
  • Artis & Video Viral
  • Santai
  • Jalan Cari Makan
  • Mistik
  • Wayang
    • Filem
    • Drama
    • Teater
FILEM SUNTI@FACEBOOK.COM arahan JAMES LEE terbitan NSK SDN BHD kini memulakan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur. Filem ini bergenre horror dan thriller yg ditulis oleh SHAHRIZA MAHMUD. Antara pelakon yg berlakon dalam filem sunti ini adalah IZZUE ISLAM, FAUZIAH GOUS, SYAZWAN ZULKIFLY, DIDDY AF, ANAS MENTOR, LUFYA OMAR, MIZY RAZUAN, TYA ADNAN, WAWA ARIANA, ARIEF FARHAN & tak lupa juga pelakon hot dari negara seberang iaitu JENNY CORTEZ.
Mengisahkan sekumpulan remaja yang akan diburu oleh seorang wanita bernama SUNTI. Setiap orang yg dibunuh oleh SUNTI akan di add dan chat dalam facebook. Tya Adnan sebagai Durra merupakan seorang wanita nerd yg selalu inginkan Asyiq lakonan Izzue Islam menjadi teman rapatnya.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Filem LAGA arahan ISMAIL YAACOB terbitan BUSINESS LEADER FILM PRODUCTIONS. Membuat penggambaran di sekitar Kuala Kangsar. Lakonan mantap SYAZWAN ZULKIFLI bergandingan pelakon popular dari Indonesia iaitu TYAS MIRASIH
mengisi penceritaan dalam Filem Laga ini. Tidak lupa juga pelakon - pelakon veteran yang masih lagi menjadi pujaan iaitu WAN HANAFI SUE, EMAN MANAN, NASIR BILAL KHAN dan ROSYAM NOR. Filem ini mengisahkan penceritaan sebuah kampung yang amat menggilakan permainan sabung ayam sehinggakan melibatkan bunuh - membunuh dan pertaruhan isteri...
HASSAN LAGA dilakonkan oleh Wan Hanafi Sue mempunyai isteri yang amat cantik iaitu MARSHA LONDOH melakonkan watak AYU. Di atas desakan DASUKI (Nasir Bilal Khan) menyuruh Ayu menjadi taruhan kerana Dasuki pernah mengintai Ayu di rumah Hassan Laga membuatkan Hassan Laga menjadi hilang sabar atau pun mencabar kelakiannya. Tyas Mirasih melakonkan watak Maya yang baru tiba ke kampung Sabri  kerana melawat makciknya. Akhirnya SABRI (Syazwan Zulkifli) berjaya memaut hati Maya dan membawanya lari dari kampung tersebut kerana tindakan Sabri tidak sengaja membunuh Hassan Laga.



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Drama aksi komedi penyiasatan tajuknya #SEPAI berasal dari bahasa Inggerisnya SPY menjadi sebutan Melayu iaitu SEPAI. Arahan seorang pengarah baru iaitu KAS ROSHAN terbitan NS STAR SDN BHD. Dilakonkan oleh hero yang tak asing lagi iaitu ALIFF AZIZ aka MAUN. Gabungan heroinnya MYZA ARYQA aka CHIKA yang pernah berlakon filem JIWA TAIKO arahan Osman Ali. Kenapa Myza dipilih watak Chika dalam SEPAI kerana Myza mempunyai bakat fight dan stunt malah senang juga untuk dikoreograf dalam aksi babak perlawanan.

BELL NGASRI aka PUTAT sebagai pasangan Spy yang akan bergabung dengan Aliff Aziz bagi menjayakan misi mencari harta arwah bapa Maun iaitu watak yang dilakonkan oleh Aliff Aziz. Syarikat Putat iaitu PUTAT n CO telah diupah oleh AZZA ELITE aka ROSNAH. Rosnah telah berniat ingin membolot semua harta kepunyaan Bapa Maun iaitu Dato Bahrin. Setelah berkomplot dengan MIZY RAZUAN aka JOBOT membunuh bapa Maun, Rosnah berasa hairan kerana PEGUAM ZAMAN mengatakan yang arwah Dato Bahrin mempunyai seorang waris atau anak iaitu Maun...Rosnah merasakan rancangan yang dibuatnya bukan semudah yang disangkakan. Dengan itu, Rosnah mengupah Putat untuk menyiasat seluruh harta - harta peninggalan suaminya itu. Dalam siasatan Putat juga seorang yang tidak boleh dipercayai dan Putat telah membelot Rosnah kerana ketamakannya.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Telemovie #TUNGGUSEKEJAP (tribute P.RAMLEE) arahan https://twitter.com/alongkamaludin terbitan https://twitter.com/SuhanMovies dilakonkan oleh https://twitter.com/EiraSyaziraS https://twitter.com/fizoomar https://twitter.com/amandamisbun Hasnul Rahmat, Nasir Bilal Khan, Fadzilah Mansor, Hadi Nawawi pelakon undangan Radzali Buyong skrip Sharifah Abu Salem editor https://twitter.com/kasroshan akan ditayangkan pada 4hb November 2012 di RTM1 jam 9.00 malam
 Sila share dan promote Telemovie #TUNGGUSEKEJAP ni dengan kawan-kawan
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
CINTA VLOG adalah satu percubaan saya dengan Ayie untuk melihat adakah ianya sesuai atau tidak dengan penerimaan penonton terhadap jalan ceritanya. Pada mulanya hanya menghantar sinopsis tanpa sengaja di BMG tingkat dua Media Prima. Seminggu kemudian menerima panggilan dari penerbit saya Darling Ngasri mengatakan pihak stesyen TV9 ingin berjumpa dan terus menetapkan tarikh meeting dan akhirnya pihak stesyen bersetuju untuk memberi peluang kepada saya Kas Roshan selaku pengarah baru bagi menjayakan telemovie Cinta Vlog ini. Pada mulanya agak hairan dengan perkataan V-LOG dengan makna Video dan Blog. Setelah diperjelaskan apakah sebenarnya V-LOG malah fenomena V-LOG telah menular di kalangan remaja barulah pihak stesyen mengetahui apakah yang dinamakan V-LOG. Semasa perbincangan juga disebut bahawa telemovie "Tudung Tweet" menjadi contoh untuk genre cerita remaja terkini yang boleh dibanggakan....Konsep filem "Scott Pilgrim" arahan Edgar Wright menjadi rujukan yang diberikan oleh pihak TV9 kepada team kami supaya boleh menangkap element yang ingin diterapkan dalam Cinta Vlog. Lebih - lebih lagi cerita menggunakan element internet dan juga video.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts

About Blog

Memaparkan isu-isu semasa berkaitan masyarakat, gosip artis dari luar dan dalam negara dan terhangat masakini.

recent posts

Blog Archive

  • ►  2023 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2018 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  August (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (1)
    • ►  February (10)
    • ►  January (13)
  • ►  2016 (5)
    • ►  December (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
  • ▼  2012 (5)
    • ▼  December (1)
      • FILEM SUNTI arahan JAMES LEE filem ke 9 lakonan IZ...
    • ►  November (2)
      • Filem Laga pertaruhkan Tyas Mirasih dan Syazwan Zu...
      • Drama SEPAI penuh aksi dan komedi berkonsep SPY
    • ►  October (2)
      • Eira Syazira dipukul Nasir Bilal Khan dan dirogol ...
      • Aliff Aziz dan Wawa Zainal percubaan dalam Cinta Vlog

Tweet tweet

Tweets by @akukecahdotcom

Copyright © 2017 AkuKecahDotCom. Dikuasakan oleh Blogger.

Created with by BeautyTemplates| Distributed By Gooyaabi Templates