FILEM SUNTI@FACEBOOK.COM arahan JAMES LEE terbitan NSK SDN BHD kini memulakan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur. Filem ini bergenre horror dan thriller yg ditulis oleh SHAHRIZA MAHMUD. Antara pelakon yg berlakon dalam filem sunti ini adalah IZZUE ISLAM, FAUZIAH GOUS, SYAZWAN ZULKIFLY, DIDDY AF, ANAS MENTOR, LUFYA OMAR, MIZY RAZUAN, TYA ADNAN, WAWA ARIANA, ARIEF FARHAN & tak lupa juga pelakon hot dari negara seberang iaitu JENNY CORTEZ.
Mengisahkan sekumpulan remaja yang akan diburu oleh seorang wanita bernama SUNTI. Setiap orang yg dibunuh oleh SUNTI akan di add dan chat dalam facebook. Tya Adnan sebagai Durra merupakan seorang wanita nerd yg selalu inginkan Asyiq lakonan Izzue Islam menjadi teman rapatnya.
Drama aksi komedi penyiasatan tajuknya #SEPAI berasal dari bahasa Inggerisnya SPY menjadi sebutan Melayu iaitu SEPAI. Arahan seorang pengarah baru iaitu KAS ROSHAN terbitan NS STAR SDN BHD. Dilakonkan oleh hero yang tak asing lagi iaitu ALIFF AZIZ aka MAUN. Gabungan heroinnya MYZA ARYQA aka CHIKA yang pernah berlakon filem JIWA TAIKO arahan Osman Ali. Kenapa Myza dipilih watak Chika dalam SEPAI kerana Myza mempunyai bakat fight dan stunt malah senang juga untuk dikoreograf dalam aksi babak perlawanan.
BELL NGASRI aka PUTAT sebagai pasangan Spy yang akan bergabung dengan Aliff Aziz bagi menjayakan misi mencari harta arwah bapa Maun iaitu watak yang dilakonkan oleh Aliff Aziz. Syarikat Putat iaitu PUTAT n CO telah diupah oleh AZZA ELITE aka ROSNAH. Rosnah telah berniat ingin membolot semua harta kepunyaan Bapa Maun iaitu Dato Bahrin. Setelah berkomplot dengan MIZY RAZUAN aka JOBOT membunuh bapa Maun, Rosnah berasa hairan kerana PEGUAM ZAMAN mengatakan yang arwah Dato Bahrin mempunyai seorang waris atau anak iaitu Maun...Rosnah merasakan rancangan yang dibuatnya bukan semudah yang disangkakan. Dengan itu, Rosnah mengupah Putat untuk menyiasat seluruh harta - harta peninggalan suaminya itu. Dalam siasatan Putat juga seorang yang tidak boleh dipercayai dan Putat telah membelot Rosnah kerana ketamakannya.