AkuKecahDotCom

  • Home
  • Tips-Tips
  • Isu Semasa
    • Masyarakat
    • Politik
    • Sukan
  • Artis & Video Viral
  • Santai
  • Jalan Cari Makan
  • Mistik
  • Wayang
    • Filem
    • Drama
    • Teater
BAGI YG ISLAM. TAK DIBACA SAYANG.
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan,  dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. _*La illaha illa Allah*_,
_*Muhammadu Rasulullah*_
kepada 3 group sahaja.  
tengok sama ada anda 
mempunyai masa untuk 
*ALLAH* atau tidak.

Kiamat menurut Agama islam di tandai dgn beberapa petanda. Kita boleh baca novel sampai bribu2 muka surat x kan xbleh baca 5 mnit pnya masa untuk ini...
          - Kemunculan Imam Mahdi
          
          - Kemunculan Dajjal
          
          - Turunnya Nabi Isa (AS) 
          
          - Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
          
          - Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
          
          - Pintu pengampunan akan ditutup
          
          - Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
          
          - Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
          
          - Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
          
          - Pemusnahan/runtuhnya Kabaah
          
          - Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
          
          - Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
          
          - Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali
          
          Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
          "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku  buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
          
          Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang  terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.
          
          Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"
        
     Kerugian meninggalkn solat:
          Subuh:
          Cahaya wajah akan pudar.
          Zuhur:
          Berkat pendapatan akan hilang.
          Asar:
          Kesihatan mulai terganggu.
          Maghrib:
          Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
          Isya': 
          Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.
          Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama
          Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)
          
          Nasihat Kubur:           
          
          1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
          
          2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM .
          3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca .. AL-QUR'AN.
          
          4). Aku adalah tempatnya binatang2   yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
          
          5). Aku yg menyepitmu hingga hancur  bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT 
          
          6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit,   bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
          
          7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"
          
          Kirim   ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
          Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja.
          Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
          Saat kamu membacanya, ia gelisah.
          Saat kamu mmahaminya, ia kejang2.
          Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan shari-hari, ia stroke.
          Trus n trus baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati.
          Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.
          
          Syaitan berbisik;
          "SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pown, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...
          
Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda  
#sebarkan
Terima kasih kepada yang menyebarkan.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Azrel Ismail dan Mimi Lanaa

Drama terbaru slot samarinda CINTA KOKO COKLAT arahan Pali Yahya terbitan Juita Vaiden Sdn Bhd akan datang di TV3.

Production : Juita Vaiden Sdn. Bhd.

Director : @paliyahyalatest
Slot : #slotsamarinda
#slotsamarinda50episod
@tv3malaysia .
Cast :
@sweetqismina
@azrelismail
@zahirahmacwilson
@theaqasha
@rajaaliqofficial
@sasqiadahuri
@surasojangi
@nafizmuaz @missmimilana

#cintakokocoklat

Cinta Koko Coklat
Team Cinta Koko Coklat

Farouk Hussein pun ada
Hero Azrel Ismail

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Arahan Razak Mohaideen filem bertajuk Soulmate Hingga Jannah, dilakonkan oleh Taufik Batisah, Raja Ilya, Erra Fazira, Reen Rahim, Rahim Razali dan ramai lagi. Akan ditayangkan pada 16 February 2017.


Behind the scenes Soulmate Hingga Jannah

FITA STUDIOS instagram

Taufik Batisah dan Raja Ilya

OST Taufik Batisah dan Erra Fazira
Heliza Helmi memberi ulasan mengenai maksud SOULMATE
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Jangan terkejut, Aliff Syukri Terlajak Laris jadi hero dalam filem Badang The Movie. Ini memang special, kita mesti rasa kalau hero mesti yang memang layak dijadikan hero, tapi di Malaysia berbeza, kadang - kadang hero yang popular pun belum tentu boleh mengutip kutipan yang lumayan di panggung. Bermulalah idea begini. Mungkin penerbit merasakan yang idea ini mampu menarik minat penonton ke panggung atau memang ada agenda di sebaliknya kita tak tau. Jom kita zoom sikit apakah dan siapakah yang terlibat. Jeng Jeng Jeng...

Aliff Syukri dengan baju Badangnya
Adik Fasha Sandha iaitu Elisya Sandha pun ada
Aliff Syukri dan heroin Fasha Sandha

Akan datang film #badangthemovie dengan bintang-bintang hebat
@fashasandha
@aliffsyukriterlajaklaris
@zalfazin
@normanhakim_786
@fauzinawawi_new
@iamfareezfauzi
Arahan @razakmohaideen Terbitan @krustudios_official


adegan aksi stunt dalam Badang The Movie
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Nana Mahazan, pasal nak makan kat mana pun kena gaduh bagai nak rak. Betul jugak tu, kalau kita dah lama couple or berpasangan kan, kalau lelaki pun takkan lah nak tanya pasangan dia nak makan kat mana? Kita sebagai lelaki kena lah gentleman, sebab wanita kadang - kadang tak suka nak buat keputusan. Dalam hubungan lelaki kena lah lead, so soalan yang paling wanita tak suka adalah awak nak makan katne, n then jawapan dia "ikut suka you lah". hahahaha, ini lah jawapan yang wanita tak suka dengar. So para lelaki tu kat luar sana, prepare lah tempat - tempat makan yang menarik, so takdelah si dia tu akan kecewa, kan.
bukan main marah Nana Mahazan

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Pekin Ibrahim arahan bersama Syafiq Yusof mengarah filem bertajuk KL Wangan. Menceritakan tentang lumba kereta pada waktu malam membuatkan filem ini dinamakan KL Wangan iaitu gabungan bahasa Jepun dan Malaysia. Faizal Hussein sebagai pelakon utama diikuti dengan Emily Lim, Kazuto Soon dan Jasmine Suraya.

 Pekin selaku produser filem ini mengakui pembabitan jenama automobil antarabangsa iaitu Volkswagen dalam filemnya kali ini memberi nilai eksklusif yang tinggi dan menjadikannya filem besar dari aspek bajet produksi. Semoga berjaya Pekin Ibrahim dengan filem KL Wangan.


KL Wangan BTS

Faizal Hussei, Pekin Ibrahim dan Kazuto Soon

Faizal Hussein Teraju Utama

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hero remaja popular iaitu Fattah Amin melamar Azar Azmi dalam telemovie sulong arahan Pekin Ibrahim terbitan 11 Field Sdn Bhd. Sebuah cerita psiko thriller seram menggabungkan pelakon seperti Haleeda Mazlin, Sheeda Ali. S, Anuar Abdul Hamid, Pekin Ibrahim, Neera Azizi, Jessica May dan Tengku Sariwani. Cerita ini telah ditayangkan pada 28 January 2017. Jam 10 malam di Astro Ria.

  Babak Fattah Amin melamar Azar Azmi

Babak Fattah Amin dan Azar Azmi

Setelah Ungku Mahmud sedar

Babak melamar

Rita melihat Ungku Mahmud

Meracau

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Pengarah Razaisyam menerbitkan sebuah telemovie bertajuk KEKASIH ELEKTRIK arahan RAJA HISHAM, dilakonkan oleh REDZA MINHAT dan SITI SALEHA. Tayangannya pada bulan march di ASTRO CITRA. Sedikit sinopsis cerita

"Kisah seorang penulis yang sedang mengalami writer's block dan banyak terganggu akibat putus cinta. Tiba-tiba muncul seorang perempuan yang tak dikenali di dalam hidup lelaki tersebut. Cuma orang lain tak nampak makwe tu kecuali dia sendiri. Apa yang berlaku sebenarnya? Saksikan di astro citra bulan march nanti!!"

Di antara gambar - gambar yang dimuat turun...

!st day #kekasihelektrik

#kekasihelektrik board

Redza Minhat dan Siti Saleha

Team #kekasihelektrik

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Kini semua masyarakat dah mula merasakan ataupun menjadi trend, kalau kita style, gambar kita ambik cantik, pakai baju mahal2, pergi melancong tempat best - best, food hunter, kaki gym, dan apa saja mengenai media social nilah. Bercakap mengenai korea, semuanya nak jadi macam korea, pakaian, bahasa, mekap, segala - galanya, kalau boleh tukar kenegaraan pun sanggup rasanya, itupun kalau boleh. Dah la drama - drama korea memang menjadi trend kat kaca tv. Jom kita usha sikit, kita ambiklah awek Asyalliee ni, anda sendiri pun bole lihat, segala2 nya yang ada pada dirinya semuanya nak jadi macam korea betul tak...cuba kita zoom sikit kat gambar - gambar dia. Aumm


channel youtube Asyalliee

Asyalliee menyanyi

gambar Asyalliee di google search image

Instagram Asyalliee
So kita dah zoom semuanya, apakah pendapat anda. Memang nak jadi korea kan. Followers ramai. Menyanyi lagi, asal boleh tunjuk muka kat media social je, semua nak buat. kiranya tengah hot stuffla katakan. Kalau dipikirkan balik, korang rasa bangga tak buat semuani... Sesetengah mungkin sokong, dan setengah lagi kata, 'ei apa minah terkinja - kinja, poser, minah poyo' dan selebihnya mungkin tak nak ambik tau. Cuba kita zoom betul - betul minah korea yang original from korea. Namanya Ayana Jihye Moon atau instagram nya bernama XLOVELYAYANA. Zoom sikit gambar minah korea ori ni, jap...jeng jeng jeng

Instagram Ayana Jihye Moon

Tengok awek korea ni, dah la comel. Mekap pun tak over, pakaian pun simple je. Takde la plak dia beria - ria nak jadi orang lain kan...Dia just jadi diri dia je. Identiti korea dia pun terserlah dengan dia sendiri pun beragama islam. Ada korang nampak video pelik - pelik dia buat. Ada dia menyanyi ke, atau buat perkara - perkara yang menimbulkan tanda tanya.

Kita kena la sedar jugak, bangsa melayu tu sendiri sebenarnya lagi bagus. So jadilah bangsa melayu yang cantik, manis, berbahasa, beradab dan elok segala serbinya. Sini saya tulis just apa yang saya nampakje. Bukan kita nak tunjuk diri kita ni baik atau tak. Sekadar share dan renungan bersama. Zoom sikit akal tu, banyak lagi belum diterokaikan. Buatlah benda - benda berfaedah dan baik. Supaya hidup ini lebih bermakna dan berkat. Wassalam










Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Filem Dangal yang dilakonkan oleh superstar bollywood terkenal Aamir Khan, diarahkan oleh Nitesh Tiwari merupakan sebuah filem inspirasi dari kisah benar. Mengisahkan Aamir Khan seorang bekas gusti hebat sebelum ini malang kerana cita - citanya terhalang untuk menjadi ahli gusti terkenal tidak mendatangkan sebarang kekayaan malah impiannya disekat oleh bapanya sendiri. Aamir Khan melakonkan watak sebagai Mahavir Singh Phogat telah berkahwin dengan Daya Kaur menyimpan impian untuk meneruskan legasi keluarganya dalam bidang gusti. Impiannya tersekat kerana setiap kali isterinya melahirkan anak, takdir menetapkan semuanya adalah anak perempuan. Di situ Mahavir merasakan legasinya sebagai ahli gusti handal tidak kesampaian. Tanpa disangka isu dua anak perempuannya membelasah lelaki berhampiran rumahnya telah membuatkan Mahavir sedar bahawa darah gusti dari dalam dirinya telah ada meresap dalam tubuh kedua anak perempuanya iaitu Geeta dan Babita. Harapan dan impiannya seakan terbuka atas insiden tersebut.

Poster Dangal
Kisah keluarga Mahavir Singh Phogat ini betul - betul inspirasi dari kisah benar. Kini kedua anaknya memang telah berjaya sepenuhnya di sukan komanwel malah sukan - sukan akan datang. Sebuah movie yang agak menarik, juga memberi inspirasi kepada penonton yang menontonnya.

Mengisahkan dari sebuah keluarga yang kecil malah sebelum ini tidak pernah ahli gusti perempuan beraksi di India. Mahavir telah mengubah persepsi segala budaya wanita India yang dulunya hanya duduk di rumah dan di dapur. Lucu jugakla pada mulanya Mahavir ingin menghantar anaknya untuk masuk berlawan di gelanggang tetapi dihalang kerana semua gusti di India adalah lelaki. Pada mulanya pengurus di arena gusti itu tidak membenarkan Mahavir memasukkan anaknya Geeta bertanding, disebabkan alasan di tempat pertandingan gustinya itu kurang penonton yang datang melihat, lalu pekerja di situ memberikan idea bernas di mana, kalau perempuan bergusti dengan lelaki, berita ini akan membuatkan masyarakat akan datang untuk menonton dan sekaligus sanggup membayarnya. Idea yang bijak. Di situ bermulanya ahli gusti wanita pertama memasuki pertandingan dalam acara gusti malah lawannya semua adalah lelaki. Perlawanan pertama Geeta telah kalah, tetapi Geeta sendiri tidak putus asa. Akhirnya di perlawanan seterusnya, dia telah memperolehi banyak kemenangan, sekaligus membuatkan namanya kini dikenali di seluruh pelusuk India. Geeta dan Babita juga telah dimasukkan ke Institusi sukan. Boleh dikatakan jalan cerita yang cukup menarik dan ada juga sedih dihujung - hujungnya. Kepada mereka - mereka yang masih belum menonton, baik pergi menonton movie ini dan sekaligus membuka mata bahawa kejayaan itu adalah dari usaha gigih, didikan ayah kepada anaknya dan juga teknik sukan yang betul.

Watch Dangal Full Movie, click link here Dangal Full Movie English Subtitle

Para Pelakon Filem Dangal

Famili realiti dan dalam lakonan

Aamir Khan bersama pengarah dan juga keluarga Mahavir

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Berhati - hati  dengan buaya yang dijumpai di area Port Dickson, menunjukkan seekor buaya tembaga besar telah dijumpai terdampar di tepian pantai Port Dickson. Nasib baik ianya hanya bangkai buaya tersebut. Kalau masih hidup tak tau lah berapa ramai orang telah ditelannya. Dulu kononnya tidak sahih mengatakan buaya tiada di area tersebut. Tapi kini memang sahih dan terbukti. Seram jugak nak pergi mandi di area Port Dickson ni. Harap - harap semua pengunjung lebih berhati - hati. Dah la buaya darat kini ramai. Tapi nak dibandingkan dengan buaya yang terjumpa ni. Hmmm..matilanak.

Berita lalu :
SEREMBAN, 18 Jan (Bernama) — Luka di kaki seorang pengunjung ke pantai Port Dickson yang heboh dilaporkan di akhbar dan internet kebelakangan ini bukan akibat serangan buaya atau ikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau yang menerima laporan dari pakar-pakar perubatan menyatakan, kesan luka tersebut mungkin disebabkan oleh punca lain tetapi bukan dari haiwan ganas.
“Ini bukan saya kata tapi menurut pakar yang meneliti kes itu, kita tidak pasti apa yang menyebabkan luka itu tapi macam-macam kemungkinan, mungkin terumbu karang,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini Isnin. Katanya, belum pernah berlaku dalam sejarah Port Dickson, pengunjung diserang oleh binatang liar seperti buaya atau ikan yu. Beliau berharap orang ramai bertenang dan tidak membuat pelbagai andaian berdasarkan spekulasi. Beliau berkata, pada umumnya, Port Dickson merupakan pantai peranginan yang selamat dikunjungi. “Kita ada membuat pemantauan, di pantai-pantai awam kita ada menara kawalan, kita dibantu oleh St John Ambulance, Jabatan Pertahanan Awam dan RELA,” katanya.  Sama ada duduk di hotel atau mahu berkhemah di tepi pantai, orang ramai dan pelancong tidak perlu risau dengan keselamatan mereka, katanya. Beliau mengulas laporan mengenai seorang lelaki yang mendakwa dirinya diserang dan kakinya digigit hingga parah oleh seekor binatang dipercayai buaya. Lelaki itu, dipercayai seorang posmen, mendakwa, waktu diserang, melihat lembaga seperti buaya dengan bentuk badannya yang leper, keras dan kehitaman dalam air di pantai berkenaan.
— BERNAMA

Buaya yang diikat

Buaya yang besar dijumpai di Port Dickson

Bukti buaya dijumpai

menyeramkan buaya ini

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Datuk Ayu Puteh founder syarikat PENCIL PICTURES RECORDS telah selamat melangsungkan pernikahannya dengan seorang artis juga penyanyinya sendiri iaitu AIMAN ISMAIL Instagram AIMAN ISMAIL
pernikahannya telah berlansung pada 7 Jan 2017 di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara. Datuk Ayu Puteh selaku penerbit dan founder syarikat tersebut sebelum ni telah berkeluarga dan mempunyai anak seramai 4 orang dan dua daripadanya juga menceburi bidang seni iaitu Fian Ali dan Wanna Ali. Semoga Datuk Ayu berkekalan dan bahagia hingga akhir hayat. Amin.

Secocok dan sejoli pasangan pengantin


Datuk Ayu sedang bersiap untuk melangsungkan pernikahannya
Aiman Ismail nervous di depan Tok Kadi

Instagram Aiman Ismail

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Baru - baru ni kecoh mengatakan KECIK ex Hyper Act. ditendang dari band tersebut malah menimbulkan macam - macam isu. Tetapi yang hairannya di Konsert Lagenda 31 Dec 2016, Grand Alora Alor Setar menampakkan Adi Sixth Sense menyanyi bersama Band Hyper Act. itu sendiri...Masih beroperasi lagi band ni, Pelik tak....? Cuma tertanya - tanya, malam new year tu Kecik ex Hyper Act. di mana? Takde ke orang panggil show nyanyi?...hmmm maybe dia sedang berehat dan merancang plan baru yang lebih terperinci kot!!! Entahlah, mungkin ya atau mungkin tidak. Tapi yang penting band terhebat Malaya ni masih lagi disukai ramai dan masih BERBISA betul tak...tak semesti kena ada penyanyi lama, kena famous...lagu best, muzik best, suara best...orang suka lah...


Apakah plan terbaru Hyper Act.? Adakah menampilkan lagi penyanyi yang baru ataupun penyanyi yang terkenal... Itu semua kita tunggu. Ini semua kerja Tuhan, kita manusia hanya merancang.

Follow Instagram Hyper Act Band



Adi Sixth Sense dengan gayanya

Toy Nizam, ketua band Hyper Act.

Masih berbisa Hyper Act. Tanpa Kecik Ogie





Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About Blog

Memaparkan isu-isu semasa berkaitan masyarakat, gosip artis dari luar dan dalam negara dan terhangat masakini.

recent posts

Blog Archive

  • ►  2023 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2018 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  August (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (1)
    • ►  February (10)
    • ▼  January (13)
      • Manusia sebelum perhitungan di SYURGA dan NERAKA
      • Drama Cinta Koko Coklat akan datang di TV3
      • Filem Soulmate Hingga Jannah pertaruhkan Taufik Ba...
      • Aliff Syukri Terlajak Laris hero Badang The Movie ...
      • Nana Mahazan pasal nak makan pun bole gaduh...
      • Filem KL WANGAN ala - ala Fast and Furious?
      • Fattah Amin melamar Azar Azmi?
      • Razaisyam Dengan Kekasih ELEKTRIK
      • Asyalliee pengaruh korea?
      • Filem Dangal kupas cerita gusti wanita di India
      • Buaya tembaga dijumpai di Port Dickson
      • DATUK AYU PUTEH bercinta dan bernikah dengan artis...
      • Adi Sixth Sense dilamar HYPER ACT. BAND?
  • ►  2016 (5)
    • ►  December (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
  • ►  2012 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)

Tweet tweet

Tweets by @akukecahdotcom

Copyright © 2017 AkuKecahDotCom. Dikuasakan oleh Blogger.

Created with by BeautyTemplates| Distributed By Gooyaabi Templates