Buaya tembaga dijumpai di Port Dickson

by - 4:09 AM

Berhati - hati  dengan buaya yang dijumpai di area Port Dickson, menunjukkan seekor buaya tembaga besar telah dijumpai terdampar di tepian pantai Port Dickson. Nasib baik ianya hanya bangkai buaya tersebut. Kalau masih hidup tak tau lah berapa ramai orang telah ditelannya. Dulu kononnya tidak sahih mengatakan buaya tiada di area tersebut. Tapi kini memang sahih dan terbukti. Seram jugak nak pergi mandi di area Port Dickson ni. Harap - harap semua pengunjung lebih berhati - hati. Dah la buaya darat kini ramai. Tapi nak dibandingkan dengan buaya yang terjumpa ni. Hmmm..matilanak.

Berita lalu :
SEREMBAN, 18 Jan (Bernama) — Luka di kaki seorang pengunjung ke pantai Port Dickson yang heboh dilaporkan di akhbar dan internet kebelakangan ini bukan akibat serangan buaya atau ikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau yang menerima laporan dari pakar-pakar perubatan menyatakan, kesan luka tersebut mungkin disebabkan oleh punca lain tetapi bukan dari haiwan ganas.
“Ini bukan saya kata tapi menurut pakar yang meneliti kes itu, kita tidak pasti apa yang menyebabkan luka itu tapi macam-macam kemungkinan, mungkin terumbu karang,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini Isnin. Katanya, belum pernah berlaku dalam sejarah Port Dickson, pengunjung diserang oleh binatang liar seperti buaya atau ikan yu. Beliau berharap orang ramai bertenang dan tidak membuat pelbagai andaian berdasarkan spekulasi. Beliau berkata, pada umumnya, Port Dickson merupakan pantai peranginan yang selamat dikunjungi. “Kita ada membuat pemantauan, di pantai-pantai awam kita ada menara kawalan, kita dibantu oleh St John Ambulance, Jabatan Pertahanan Awam dan RELA,” katanya.  Sama ada duduk di hotel atau mahu berkhemah di tepi pantai, orang ramai dan pelancong tidak perlu risau dengan keselamatan mereka, katanya. Beliau mengulas laporan mengenai seorang lelaki yang mendakwa dirinya diserang dan kakinya digigit hingga parah oleh seekor binatang dipercayai buaya. Lelaki itu, dipercayai seorang posmen, mendakwa, waktu diserang, melihat lembaga seperti buaya dengan bentuk badannya yang leper, keras dan kehitaman dalam air di pantai berkenaan.
— BERNAMA

Buaya yang diikat

Buaya yang besar dijumpai di Port Dickson

Bukti buaya dijumpai

menyeramkan buaya ini

You May Also Like

0 comments

Polisi Ulasan
Kami mengalu-alukan ulasan dari anda. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa semua ulasan akan ditapis secara manual oleh pengulas mengikut dasar polisi yang telah ditetapkan, dan semua pautan adalah [nofollow]. Menggunakan Kata kunci dalam ruangan nama adalah dilarang. Sama-sama kita menikmati sesi perbualan peribadi dan harmoni.