Filem Laga pertaruhkan Tyas Mirasih dan Syazwan Zulkifly

by - 2:55 PM

Filem LAGA arahan ISMAIL YAACOB terbitan BUSINESS LEADER FILM PRODUCTIONS. Membuat penggambaran di sekitar Kuala Kangsar. Lakonan mantap SYAZWAN ZULKIFLI bergandingan pelakon popular dari Indonesia iaitu TYAS MIRASIH

mengisi penceritaan dalam Filem Laga ini. Tidak lupa juga pelakon - pelakon veteran yang masih lagi menjadi pujaan iaitu WAN HANAFI SUE, EMAN MANAN, NASIR BILAL KHAN dan ROSYAM NOR. Filem ini mengisahkan penceritaan sebuah kampung yang amat menggilakan permainan sabung ayam sehinggakan melibatkan bunuh - membunuh dan pertaruhan isteri...
HASSAN LAGA dilakonkan oleh Wan Hanafi Sue mempunyai isteri yang amat cantik iaitu MARSHA LONDOH melakonkan watak AYU. Di atas desakan DASUKI (Nasir Bilal Khan) menyuruh Ayu menjadi taruhan kerana Dasuki pernah mengintai Ayu di rumah Hassan Laga membuatkan Hassan Laga menjadi hilang sabar atau pun mencabar kelakiannya. Tyas Mirasih melakonkan watak Maya yang baru tiba ke kampung Sabri  kerana melawat makciknya. Akhirnya SABRI (Syazwan Zulkifli) berjaya memaut hati Maya dan membawanya lari dari kampung tersebut kerana tindakan Sabri tidak sengaja membunuh Hassan Laga.



You May Also Like

0 comments

Polisi Ulasan
Kami mengalu-alukan ulasan dari anda. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa semua ulasan akan ditapis secara manual oleh pengulas mengikut dasar polisi yang telah ditetapkan, dan semua pautan adalah [nofollow]. Menggunakan Kata kunci dalam ruangan nama adalah dilarang. Sama-sama kita menikmati sesi perbualan peribadi dan harmoni.