AkuKecahDotCom

  • Home
  • Tips-Tips
  • Isu Semasa
    • Masyarakat
    • Politik
    • Sukan
  • Artis & Video Viral
  • Santai
  • Jalan Cari Makan
  • Mistik
  • Wayang
    • Filem
    • Drama
    • Teater
Berhati - hati  dengan buaya yang dijumpai di area Port Dickson, menunjukkan seekor buaya tembaga besar telah dijumpai terdampar di tepian pantai Port Dickson. Nasib baik ianya hanya bangkai buaya tersebut. Kalau masih hidup tak tau lah berapa ramai orang telah ditelannya. Dulu kononnya tidak sahih mengatakan buaya tiada di area tersebut. Tapi kini memang sahih dan terbukti. Seram jugak nak pergi mandi di area Port Dickson ni. Harap - harap semua pengunjung lebih berhati - hati. Dah la buaya darat kini ramai. Tapi nak dibandingkan dengan buaya yang terjumpa ni. Hmmm..matilanak.

Berita lalu :
SEREMBAN, 18 Jan (Bernama) — Luka di kaki seorang pengunjung ke pantai Port Dickson yang heboh dilaporkan di akhbar dan internet kebelakangan ini bukan akibat serangan buaya atau ikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau yang menerima laporan dari pakar-pakar perubatan menyatakan, kesan luka tersebut mungkin disebabkan oleh punca lain tetapi bukan dari haiwan ganas.
“Ini bukan saya kata tapi menurut pakar yang meneliti kes itu, kita tidak pasti apa yang menyebabkan luka itu tapi macam-macam kemungkinan, mungkin terumbu karang,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini Isnin. Katanya, belum pernah berlaku dalam sejarah Port Dickson, pengunjung diserang oleh binatang liar seperti buaya atau ikan yu. Beliau berharap orang ramai bertenang dan tidak membuat pelbagai andaian berdasarkan spekulasi. Beliau berkata, pada umumnya, Port Dickson merupakan pantai peranginan yang selamat dikunjungi. “Kita ada membuat pemantauan, di pantai-pantai awam kita ada menara kawalan, kita dibantu oleh St John Ambulance, Jabatan Pertahanan Awam dan RELA,” katanya.  Sama ada duduk di hotel atau mahu berkhemah di tepi pantai, orang ramai dan pelancong tidak perlu risau dengan keselamatan mereka, katanya. Beliau mengulas laporan mengenai seorang lelaki yang mendakwa dirinya diserang dan kakinya digigit hingga parah oleh seekor binatang dipercayai buaya. Lelaki itu, dipercayai seorang posmen, mendakwa, waktu diserang, melihat lembaga seperti buaya dengan bentuk badannya yang leper, keras dan kehitaman dalam air di pantai berkenaan.
— BERNAMA

Buaya yang diikat

Buaya yang besar dijumpai di Port Dickson

Bukti buaya dijumpai

menyeramkan buaya ini

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Datuk Ayu Puteh founder syarikat PENCIL PICTURES RECORDS telah selamat melangsungkan pernikahannya dengan seorang artis juga penyanyinya sendiri iaitu AIMAN ISMAIL Instagram AIMAN ISMAIL
pernikahannya telah berlansung pada 7 Jan 2017 di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara. Datuk Ayu Puteh selaku penerbit dan founder syarikat tersebut sebelum ni telah berkeluarga dan mempunyai anak seramai 4 orang dan dua daripadanya juga menceburi bidang seni iaitu Fian Ali dan Wanna Ali. Semoga Datuk Ayu berkekalan dan bahagia hingga akhir hayat. Amin.

Secocok dan sejoli pasangan pengantin


Datuk Ayu sedang bersiap untuk melangsungkan pernikahannya
Aiman Ismail nervous di depan Tok Kadi

Instagram Aiman Ismail

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Baru - baru ni kecoh mengatakan KECIK ex Hyper Act. ditendang dari band tersebut malah menimbulkan macam - macam isu. Tetapi yang hairannya di Konsert Lagenda 31 Dec 2016, Grand Alora Alor Setar menampakkan Adi Sixth Sense menyanyi bersama Band Hyper Act. itu sendiri...Masih beroperasi lagi band ni, Pelik tak....? Cuma tertanya - tanya, malam new year tu Kecik ex Hyper Act. di mana? Takde ke orang panggil show nyanyi?...hmmm maybe dia sedang berehat dan merancang plan baru yang lebih terperinci kot!!! Entahlah, mungkin ya atau mungkin tidak. Tapi yang penting band terhebat Malaya ni masih lagi disukai ramai dan masih BERBISA betul tak...tak semesti kena ada penyanyi lama, kena famous...lagu best, muzik best, suara best...orang suka lah...


Apakah plan terbaru Hyper Act.? Adakah menampilkan lagi penyanyi yang baru ataupun penyanyi yang terkenal... Itu semua kita tunggu. Ini semua kerja Tuhan, kita manusia hanya merancang.

Follow Instagram Hyper Act Band



Adi Sixth Sense dengan gayanya

Toy Nizam, ketua band Hyper Act.

Masih berbisa Hyper Act. Tanpa Kecik Ogie





Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Guntur Djafril seorang jejaka dari negara Singapura telah melahirkan sebuah lagu baru bertajuk Langit Indah. Penerbit oleh Edrie Hashim. Lagu Langit Indah ini baru dimuat turun di youtube pada 29 disember 2016. Jom kita sama - sama menyokong penyanyi baru ini.





Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Berita tergempar KECIK vokalis HYPER ACT. telah dibuang kerana masalah displin. Tidak disangka KECIK yang dulunya telah dipilih melalui rancangan ERA, kini telah dibuang oleh Bos Hype Beat SDN BHD sendiri kerana masalah displinnya. Turut didengari katanya KECIK juga cemburu dengan penyanyi dalaman dalam label HYPE BEAT sendiri iaitu ZWEN SUPERCHILD. Malah sering bergaduh dan banyak membuat masalah di syarikat itu sendiri dan bos Hype Beat telah melarang KECIK masuk ofis selama sebulan. Pada 25hb Disember 2016 ini, Kecik Ogie ni telah mengupload gambar mengatakan dia telah keluar dari band Hyper Act.
Kecik dalam Music Video HYPER ACT. lagu BUKAN UNTUKKU

Gambar Kecik Ogie yang diupload di instagram


Dulu Hyper Act. ada masalah dengan penyanyi Ronnie Hussein yang juga mempunyai masalah displin dan kini Kecik pula. Memang penyanyi ni kalau dah famous selalu nya akan lupa diri ke? Dunia hiburan dunia hiburan. Sebenarnya penyanyi tu kenala ingat, lagu yang dinyanyikan itu yang membuatkan anda famous dan glamour. So janganlah lupa diri disebabkan kononnya anda yang berbakat. Memang anda mempunyai suara, tapi kalau lagu tak sedap. Bolehke popularkan? Kalau anda banyak duit takpe....Di Malaysia ni kecik je, bukan besar mana pun. Dan untuk pengetahuan korang untuk membuat lagu, kalau takde dalam poket RM30K, janganlah harap nak dapat buat lagu best dan music video gempak. Korang tengok lah music video BUKAN UNTUKKU tu, gempak kot. Dah macam filem bajet besar hollywood dah. Muzik pun sedap, lagu pun sedap. Apalagi kan. Tulah tak bersyukur lagi, sape lah yang bole bagi korang nak buat lagu dan music video macam tu. Ingatlah sikit. Cermin diri tu. Khayal sangat dengan dunia korang tu. Tak bermanfaat langsung.



Music video HYPER ACT. lagu BUKAN UNTUKKU, Ruhainies juga ditawarkan sebagai pelakon dalam menjayakan music video ini.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

About Blog

Memaparkan isu-isu semasa berkaitan masyarakat, gosip artis dari luar dan dalam negara dan terhangat masakini.

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2023 (1)
    • ▼  May (1)
      • JEMPUTAN KE NERAKA ATAU KE SYURGA ?
  • ►  2019 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2018 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  August (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (1)
    • ►  February (10)
    • ►  January (13)
  • ►  2016 (5)
    • ►  December (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
  • ►  2012 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)

Tweet tweet

Tweets by @akukecahdotcom

Copyright © 2017 AkuKecahDotCom. Dikuasakan oleh Blogger.

Created with by BeautyTemplates| Distributed By Gooyaabi Templates