AkuKecahDotCom

  • Home
  • Tips-Tips
  • Isu Semasa
    • Masyarakat
    • Politik
    • Sukan
  • Artis & Video Viral
  • Santai
  • Jalan Cari Makan
  • Mistik
  • Wayang
    • Filem
    • Drama
    • Teater
Pengarah Razaisyam menerbitkan sebuah telemovie bertajuk KEKASIH ELEKTRIK arahan RAJA HISHAM, dilakonkan oleh REDZA MINHAT dan SITI SALEHA. Tayangannya pada bulan march di ASTRO CITRA. Sedikit sinopsis cerita

"Kisah seorang penulis yang sedang mengalami writer's block dan banyak terganggu akibat putus cinta. Tiba-tiba muncul seorang perempuan yang tak dikenali di dalam hidup lelaki tersebut. Cuma orang lain tak nampak makwe tu kecuali dia sendiri. Apa yang berlaku sebenarnya? Saksikan di astro citra bulan march nanti!!"

Di antara gambar - gambar yang dimuat turun...

!st day #kekasihelektrik

#kekasihelektrik board

Redza Minhat dan Siti Saleha

Team #kekasihelektrik

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Kini semua masyarakat dah mula merasakan ataupun menjadi trend, kalau kita style, gambar kita ambik cantik, pakai baju mahal2, pergi melancong tempat best - best, food hunter, kaki gym, dan apa saja mengenai media social nilah. Bercakap mengenai korea, semuanya nak jadi macam korea, pakaian, bahasa, mekap, segala - galanya, kalau boleh tukar kenegaraan pun sanggup rasanya, itupun kalau boleh. Dah la drama - drama korea memang menjadi trend kat kaca tv. Jom kita usha sikit, kita ambiklah awek Asyalliee ni, anda sendiri pun bole lihat, segala2 nya yang ada pada dirinya semuanya nak jadi macam korea betul tak...cuba kita zoom sikit kat gambar - gambar dia. Aumm


channel youtube Asyalliee

Asyalliee menyanyi

gambar Asyalliee di google search image

Instagram Asyalliee
So kita dah zoom semuanya, apakah pendapat anda. Memang nak jadi korea kan. Followers ramai. Menyanyi lagi, asal boleh tunjuk muka kat media social je, semua nak buat. kiranya tengah hot stuffla katakan. Kalau dipikirkan balik, korang rasa bangga tak buat semuani... Sesetengah mungkin sokong, dan setengah lagi kata, 'ei apa minah terkinja - kinja, poser, minah poyo' dan selebihnya mungkin tak nak ambik tau. Cuba kita zoom betul - betul minah korea yang original from korea. Namanya Ayana Jihye Moon atau instagram nya bernama XLOVELYAYANA. Zoom sikit gambar minah korea ori ni, jap...jeng jeng jeng

Instagram Ayana Jihye Moon

Tengok awek korea ni, dah la comel. Mekap pun tak over, pakaian pun simple je. Takde la plak dia beria - ria nak jadi orang lain kan...Dia just jadi diri dia je. Identiti korea dia pun terserlah dengan dia sendiri pun beragama islam. Ada korang nampak video pelik - pelik dia buat. Ada dia menyanyi ke, atau buat perkara - perkara yang menimbulkan tanda tanya.

Kita kena la sedar jugak, bangsa melayu tu sendiri sebenarnya lagi bagus. So jadilah bangsa melayu yang cantik, manis, berbahasa, beradab dan elok segala serbinya. Sini saya tulis just apa yang saya nampakje. Bukan kita nak tunjuk diri kita ni baik atau tak. Sekadar share dan renungan bersama. Zoom sikit akal tu, banyak lagi belum diterokaikan. Buatlah benda - benda berfaedah dan baik. Supaya hidup ini lebih bermakna dan berkat. Wassalam










Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Filem Dangal yang dilakonkan oleh superstar bollywood terkenal Aamir Khan, diarahkan oleh Nitesh Tiwari merupakan sebuah filem inspirasi dari kisah benar. Mengisahkan Aamir Khan seorang bekas gusti hebat sebelum ini malang kerana cita - citanya terhalang untuk menjadi ahli gusti terkenal tidak mendatangkan sebarang kekayaan malah impiannya disekat oleh bapanya sendiri. Aamir Khan melakonkan watak sebagai Mahavir Singh Phogat telah berkahwin dengan Daya Kaur menyimpan impian untuk meneruskan legasi keluarganya dalam bidang gusti. Impiannya tersekat kerana setiap kali isterinya melahirkan anak, takdir menetapkan semuanya adalah anak perempuan. Di situ Mahavir merasakan legasinya sebagai ahli gusti handal tidak kesampaian. Tanpa disangka isu dua anak perempuannya membelasah lelaki berhampiran rumahnya telah membuatkan Mahavir sedar bahawa darah gusti dari dalam dirinya telah ada meresap dalam tubuh kedua anak perempuanya iaitu Geeta dan Babita. Harapan dan impiannya seakan terbuka atas insiden tersebut.

Poster Dangal
Kisah keluarga Mahavir Singh Phogat ini betul - betul inspirasi dari kisah benar. Kini kedua anaknya memang telah berjaya sepenuhnya di sukan komanwel malah sukan - sukan akan datang. Sebuah movie yang agak menarik, juga memberi inspirasi kepada penonton yang menontonnya.

Mengisahkan dari sebuah keluarga yang kecil malah sebelum ini tidak pernah ahli gusti perempuan beraksi di India. Mahavir telah mengubah persepsi segala budaya wanita India yang dulunya hanya duduk di rumah dan di dapur. Lucu jugakla pada mulanya Mahavir ingin menghantar anaknya untuk masuk berlawan di gelanggang tetapi dihalang kerana semua gusti di India adalah lelaki. Pada mulanya pengurus di arena gusti itu tidak membenarkan Mahavir memasukkan anaknya Geeta bertanding, disebabkan alasan di tempat pertandingan gustinya itu kurang penonton yang datang melihat, lalu pekerja di situ memberikan idea bernas di mana, kalau perempuan bergusti dengan lelaki, berita ini akan membuatkan masyarakat akan datang untuk menonton dan sekaligus sanggup membayarnya. Idea yang bijak. Di situ bermulanya ahli gusti wanita pertama memasuki pertandingan dalam acara gusti malah lawannya semua adalah lelaki. Perlawanan pertama Geeta telah kalah, tetapi Geeta sendiri tidak putus asa. Akhirnya di perlawanan seterusnya, dia telah memperolehi banyak kemenangan, sekaligus membuatkan namanya kini dikenali di seluruh pelusuk India. Geeta dan Babita juga telah dimasukkan ke Institusi sukan. Boleh dikatakan jalan cerita yang cukup menarik dan ada juga sedih dihujung - hujungnya. Kepada mereka - mereka yang masih belum menonton, baik pergi menonton movie ini dan sekaligus membuka mata bahawa kejayaan itu adalah dari usaha gigih, didikan ayah kepada anaknya dan juga teknik sukan yang betul.

Watch Dangal Full Movie, click link here Dangal Full Movie English Subtitle

Para Pelakon Filem Dangal

Famili realiti dan dalam lakonan

Aamir Khan bersama pengarah dan juga keluarga Mahavir

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Berhati - hati  dengan buaya yang dijumpai di area Port Dickson, menunjukkan seekor buaya tembaga besar telah dijumpai terdampar di tepian pantai Port Dickson. Nasib baik ianya hanya bangkai buaya tersebut. Kalau masih hidup tak tau lah berapa ramai orang telah ditelannya. Dulu kononnya tidak sahih mengatakan buaya tiada di area tersebut. Tapi kini memang sahih dan terbukti. Seram jugak nak pergi mandi di area Port Dickson ni. Harap - harap semua pengunjung lebih berhati - hati. Dah la buaya darat kini ramai. Tapi nak dibandingkan dengan buaya yang terjumpa ni. Hmmm..matilanak.

Berita lalu :
SEREMBAN, 18 Jan (Bernama) — Luka di kaki seorang pengunjung ke pantai Port Dickson yang heboh dilaporkan di akhbar dan internet kebelakangan ini bukan akibat serangan buaya atau ikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau yang menerima laporan dari pakar-pakar perubatan menyatakan, kesan luka tersebut mungkin disebabkan oleh punca lain tetapi bukan dari haiwan ganas.
“Ini bukan saya kata tapi menurut pakar yang meneliti kes itu, kita tidak pasti apa yang menyebabkan luka itu tapi macam-macam kemungkinan, mungkin terumbu karang,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini Isnin. Katanya, belum pernah berlaku dalam sejarah Port Dickson, pengunjung diserang oleh binatang liar seperti buaya atau ikan yu. Beliau berharap orang ramai bertenang dan tidak membuat pelbagai andaian berdasarkan spekulasi. Beliau berkata, pada umumnya, Port Dickson merupakan pantai peranginan yang selamat dikunjungi. “Kita ada membuat pemantauan, di pantai-pantai awam kita ada menara kawalan, kita dibantu oleh St John Ambulance, Jabatan Pertahanan Awam dan RELA,” katanya.  Sama ada duduk di hotel atau mahu berkhemah di tepi pantai, orang ramai dan pelancong tidak perlu risau dengan keselamatan mereka, katanya. Beliau mengulas laporan mengenai seorang lelaki yang mendakwa dirinya diserang dan kakinya digigit hingga parah oleh seekor binatang dipercayai buaya. Lelaki itu, dipercayai seorang posmen, mendakwa, waktu diserang, melihat lembaga seperti buaya dengan bentuk badannya yang leper, keras dan kehitaman dalam air di pantai berkenaan.
— BERNAMA

Buaya yang diikat

Buaya yang besar dijumpai di Port Dickson

Bukti buaya dijumpai

menyeramkan buaya ini

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Datuk Ayu Puteh founder syarikat PENCIL PICTURES RECORDS telah selamat melangsungkan pernikahannya dengan seorang artis juga penyanyinya sendiri iaitu AIMAN ISMAIL Instagram AIMAN ISMAIL
pernikahannya telah berlansung pada 7 Jan 2017 di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara. Datuk Ayu Puteh selaku penerbit dan founder syarikat tersebut sebelum ni telah berkeluarga dan mempunyai anak seramai 4 orang dan dua daripadanya juga menceburi bidang seni iaitu Fian Ali dan Wanna Ali. Semoga Datuk Ayu berkekalan dan bahagia hingga akhir hayat. Amin.

Secocok dan sejoli pasangan pengantin


Datuk Ayu sedang bersiap untuk melangsungkan pernikahannya
Aiman Ismail nervous di depan Tok Kadi

Instagram Aiman Ismail

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About Blog

Memaparkan isu-isu semasa berkaitan masyarakat, gosip artis dari luar dan dalam negara dan terhangat masakini.

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2023 (1)
    • ▼  May (1)
      • JEMPUTAN KE NERAKA ATAU KE SYURGA ?
  • ►  2019 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2018 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  August (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (1)
    • ►  February (10)
    • ►  January (13)
  • ►  2016 (5)
    • ►  December (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
  • ►  2012 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)

Tweet tweet

Tweets by @akukecahdotcom

Copyright © 2017 AkuKecahDotCom. Dikuasakan oleh Blogger.

Created with by BeautyTemplates| Distributed By Gooyaabi Templates