Filem Dangal kupas cerita gusti wanita di India

by - 4:57 AM

Filem Dangal yang dilakonkan oleh superstar bollywood terkenal Aamir Khan, diarahkan oleh Nitesh Tiwari merupakan sebuah filem inspirasi dari kisah benar. Mengisahkan Aamir Khan seorang bekas gusti hebat sebelum ini malang kerana cita - citanya terhalang untuk menjadi ahli gusti terkenal tidak mendatangkan sebarang kekayaan malah impiannya disekat oleh bapanya sendiri. Aamir Khan melakonkan watak sebagai Mahavir Singh Phogat telah berkahwin dengan Daya Kaur menyimpan impian untuk meneruskan legasi keluarganya dalam bidang gusti. Impiannya tersekat kerana setiap kali isterinya melahirkan anak, takdir menetapkan semuanya adalah anak perempuan. Di situ Mahavir merasakan legasinya sebagai ahli gusti handal tidak kesampaian. Tanpa disangka isu dua anak perempuannya membelasah lelaki berhampiran rumahnya telah membuatkan Mahavir sedar bahawa darah gusti dari dalam dirinya telah ada meresap dalam tubuh kedua anak perempuanya iaitu Geeta dan Babita. Harapan dan impiannya seakan terbuka atas insiden tersebut.

Poster Dangal
Kisah keluarga Mahavir Singh Phogat ini betul - betul inspirasi dari kisah benar. Kini kedua anaknya memang telah berjaya sepenuhnya di sukan komanwel malah sukan - sukan akan datang. Sebuah movie yang agak menarik, juga memberi inspirasi kepada penonton yang menontonnya.

Mengisahkan dari sebuah keluarga yang kecil malah sebelum ini tidak pernah ahli gusti perempuan beraksi di India. Mahavir telah mengubah persepsi segala budaya wanita India yang dulunya hanya duduk di rumah dan di dapur. Lucu jugakla pada mulanya Mahavir ingin menghantar anaknya untuk masuk berlawan di gelanggang tetapi dihalang kerana semua gusti di India adalah lelaki. Pada mulanya pengurus di arena gusti itu tidak membenarkan Mahavir memasukkan anaknya Geeta bertanding, disebabkan alasan di tempat pertandingan gustinya itu kurang penonton yang datang melihat, lalu pekerja di situ memberikan idea bernas di mana, kalau perempuan bergusti dengan lelaki, berita ini akan membuatkan masyarakat akan datang untuk menonton dan sekaligus sanggup membayarnya. Idea yang bijak. Di situ bermulanya ahli gusti wanita pertama memasuki pertandingan dalam acara gusti malah lawannya semua adalah lelaki. Perlawanan pertama Geeta telah kalah, tetapi Geeta sendiri tidak putus asa. Akhirnya di perlawanan seterusnya, dia telah memperolehi banyak kemenangan, sekaligus membuatkan namanya kini dikenali di seluruh pelusuk India. Geeta dan Babita juga telah dimasukkan ke Institusi sukan. Boleh dikatakan jalan cerita yang cukup menarik dan ada juga sedih dihujung - hujungnya. Kepada mereka - mereka yang masih belum menonton, baik pergi menonton movie ini dan sekaligus membuka mata bahawa kejayaan itu adalah dari usaha gigih, didikan ayah kepada anaknya dan juga teknik sukan yang betul.

Watch Dangal Full Movie, click link here Dangal Full Movie English Subtitle

Para Pelakon Filem Dangal

Famili realiti dan dalam lakonan

Aamir Khan bersama pengarah dan juga keluarga Mahavir

You May Also Like

0 comments

Polisi Ulasan
Kami mengalu-alukan ulasan dari anda. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa semua ulasan akan ditapis secara manual oleh pengulas mengikut dasar polisi yang telah ditetapkan, dan semua pautan adalah [nofollow]. Menggunakan Kata kunci dalam ruangan nama adalah dilarang. Sama-sama kita menikmati sesi perbualan peribadi dan harmoni.